Dr Mahathir Rais.- Gambar FB

KUALA LUMPUR – Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan, Dr Mahathir Mohd Rais telah mengumumkan keluar daripada parti dan meletakkan semua jawatan dalam Perikatan Nasional (PN).

Keputusan mengejutkan itu dibuat menerusi surat diutuskan kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Radzi Md Jidin.

Mahathir menyatakan hasrat peletakan jawatan dalam parti termasuk jawatan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun menurut laporan media, Mahathir tidak memperjelaskan alasan keputusan itu dibuat.

Difahamkan, keputusan mengejut Mahathir itu dibuat susulan rasa ketidakpuashatian pemimpin berkenaan terhadap hala tuju dan perjuangan parti yang dianggapnya semakin tersasar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here