Kebakaran hutan besar-besaran yang melanda seluruh kawasan kejiranan dan menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal di Los Angeles telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang, foto AFP

KUALA LUMPUR – Seramai 14 orang pelajar Malaysia daripada University of California, Los Angeles (UCLA) terkesan dengan kejadian kebakaran besar di Los Angeles kerana mereka berhampiran dengan lokasi kejadian tersebut.

Namun, setakat hari ini para pelajar dalam keadaan baik dan mereka akan terus berada di kediaman masing-masing sehingga arahan terbaharu diterima, kata Kementerian Pengajian Tinggi.

“Kementerian ini menerusi Pejabat Education Malaysia Los Angeles (EMLA) sentiasa memantau perkembangan terkini dan telah melaksanakan inisiatif pengesanan pelajar.

“KPT bersama pejabat Consul General (CG) di Los Angeles juga telah bersetuju untuk memberi bantuan dan akan melaksanakan pelan evakuasi sekiranya perlu melalui penempatan pelajar di rumah pegawai sebagai shelter house.

“Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada arahan evakuasi yang dikeluarkan oleh pihak UCLA kepada para pelajar tersebut,” kata KPT dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, KPT melalui Kementerian Luar Negeri (KLN) sentiasa mengikuti rapat perkembangan situasi di luar negara terutamanya melibatkan penempatan pelajar Malaysia di negara-negara yang sedang bergolak dengan situasi kecemasan seperti rusuhan, peperangan dan bencana alam.

Tambahnya, kementerian ini juga mengambil maklum akan bencana yang menimpa Los Angeles sehingga menyebabkan pengisytiharan “State of Emergency” oleh Mayor Los Angeles, Karen Bass akibat kejadian Palisades Fire dan Windstorm.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden juga mengumumkan bantuan Heran Bantuan Pengurusan Kebakaran untuk membantu memulihkan keadaan.

Susulan kejadian ini, KPT mengambil kesempatan memperkenalkan sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.

Pelajar amat digalakkan untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Kementerian ini bagi tujuan capaian
maklumat data yang tepat.

Sekiranya berlaku sebarang insiden, sila berhubung dengan pejabat Education Malaysia Los Angeles di maklumat perhubungan seperti di bawah untuk sebarang maklumat dan tindakan selanjutnya.

EDUCATION MALAYSIA LOS ANGELES
Pegawai: Atase Pendidikan Education Malaysia Los Angeles
No. Telefon: +1 (626) 879-4923
Emel: [email protected]

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here