TEHRAN- Pasukan tentera Iran melancarkan kapal perisikan terkini apabila mereka menjalankan ujian peringkat nasional dengan fokus untuk mengawal kemudahan-kemudahan nuklear negara itu.
“Kapal perisik yang diberi nama Zagros itu menambah aset kepada operasi peperangan tentera laut,” lapor stesen televisyen negara itu.
Kapal buatan Iran itu dilengkapi dengan sensor elektronik, pemintas dan keupayaan siber serta perisikan yang lain.
Pelancaran Zagros dilakukan beberapa sebelum eksesais besar yang dijalankan pasukan tentera dan Islamic Revolutionary Guard Corps yang dijadualkan sehingga pertengahan Mac.
Eksesais itu memberi fokus untuk melindungi kawasan utama nuklear termasuk Natanz, Fordow dan Khondab.
Panglima Tentera Laut, Shahram Irani berkata, kapal perisik terbaharu itu bakal menjadi “mata helang” kepada armada laut Iran.
Permainan perang itu dijadualkan bertepatan dengan pelantikan Presiden Donald Trump isnin depan yang mana beliau akan menambah aktiviti pemantauan terhadap program nuklear Iran.- AFP