KUALA LUMPUR –Tahun ini Resorts World Genting (RWG) sempena meraikan enam dekad kejayaan sebagai sebuah
destinasi resort bersepadu yang unggul.
Sepanjang tempoh itu, RWG telah menjadi resort yang menawarkan pelbagai detik kegembiraan, keseronokan dan kenangan kepada para pengunjung dari seluruh dunia.
Sebagai penghormatan kepada pencapaian itu, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, pihaknya memulakan sambutan Jubli Intan dengan ‘Tahun Baharu Cina di Puncak Awan’ dengan menawarkan pelbagai acara menarik, persembahan yang menakjubkan dan ganjaran yang luar biasa.
RWG akan memulakan tahun istimewa dengan sambutan meriah, Tahun Baharu Cina di Puncak Awan bermula 10 Januari lalu sehingga 16 Februari 2025.
Orang ramai boleh menyertai elbagai aktiviti menarik dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai RM1.8 juta.
Salah satu adalah acara Kiraan Detik Tahun Baharu Cina di Arena of Stars pada 28 Januari ini di Arena of Stars bermula daripada pukul 6 petang hingga 1 pagi.
Orang ramai juga berpeluang memenangi adiah lumayan bernilai RM1,288,888 dengan menyertai acara menarik Auspicious Grab & Win! dari 29 Januari hingga 16 Februari di Madison Square.
“Dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM60 atau jika anda berusia 60 tahun ke atas, anda layak menerima satu penyertaan percuma,” kata RWG dalam satu kenyataan.
Selain itu, acara Golden Hour Rebut & Menang Bar Emas Tulen juga diadakan mulai 1, 8, 12 dan 15 Februari 2025.
Sepanjang tempoh yang sama, RWG juga menawarkan kempen Belanja dan Menang Hadiah Bertuah.
RWG juga menyediakan permainan Ular Dan Tangga dan menawarkan hadiah kepada peserta yang berbelanja sekurang-kurangnya RM288.
Selain itu, pihaknya juga pelabagai hiburan seperti persembahan perayaan Tahun Baharu Cina di Arena of Stars, Pakej Makan Malam Eksklusif Tahun Baharu Cina. – MalaysiaGazette