Marcus Rashford.

LONDON – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menyindir Marcus Rashford apabila percaya jurulatih penjaga gol kelab itu yang berusia 63 tahun mempunyai peluang lebih cerah untuk beraksi dalam pasukannya berbanding penyerang tersebut.

Pemain antarabangsa England, Rashford tidak beraksi untuk United sejak 12 Disember lalu dan sekali lagi diketepikan daripada skuad ketika menang 1-0 di Fulham awal pagi tadi.

Amorim berkata, jurulatih penjaga gol Jorge Vital pasti menjadi pilihan yang lebih baik biarpuan United bergelut untuk menjaringkan gol ketika menentang Fulham.

“Hari ini di bangku simpanan kami kekurangan kelajuan untuk mengubah permainan tetapi saya lebih suka jika ia sebegini, saya akan membawa masuk Vital sebelum saya menyenaraikan pemain yang tidak memberikan maksimum setiap hari,” kata Amorim selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Rashford, 27, masih mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukannya susulan kemenangan itu di sebalik kebuntuan antara kelab dan pemain itu.

“Tahniah kerana menang rakan-rakanku,” tulisnya di laman Instagram.

Gol United di Craven Cottage hadir pada minit ke-78 menerusi pemain pertahanan Lisandro Martinez apabila rembatan jarak jauhnya terbias sedikit sebelum melepasi jangkauan penjaga gol Fulham, Bernd Leno. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here