Foto IG Misha Omar.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa geram apabila terpaksa berdiri lama ketika hadir menyaksikan konsert Aura Ernie Zakri yang berlangsung pada malam kelmarin.

Menurut Misha atau Samihah @ Aishah Omar, 43, ia susulan ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil tempat duduk miliknya sehingga dia terpaksa berdiri.

“Semua beli tiket masing-masing, duduklah di tempat awak. Saya kena berdiri hampir lima lagu disebabkan awak duduk di tempat saya.

“Pihak penganjur pula kena dapatkan pengesahan itu adalah tempat duduk saya. Jadilah manusia bertanggungjawab,” katanya.

Misha meluahkan perkara tersebut di Instastory miliknya selepas dia pulang daripada menyaksikan konsert yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Penyanyi yang popular dengan lagu Pulangkan berkata, apa yang lebih mengecewakan lagi apabila individu berkenaan hanya berlalu pergi selepas diminta mengosongkan tempat duduk tersebut tanpa mengucapkan sebarang kata maaf.

“Awak telah cipta masalah yang tak perlu di tempat konsert. Duduk di situ macam tiada dosa dan berlalu tanpa minta maaf,” luahnya.

Misha nasihat penonton lebih bertanggungjawab ketika hadir ke konsert.

Dalam pada itu, penyanyi ini sempat berseloroh menyatakan kebimbangan sekiranya dia membeli tiket palsu.

Misha bagaimanapun memuji tindakan pantas pengurusan konsert kerana berjaya menyelesaikan kekalutan dalam masa singkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here