Aedy Fadly Ramli

KUANTAN – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) boleh menggunapakai Prosedur Operasi Standard (SOP) pemeriksaan kenderaan biasa terhadap pemeriksaan kenderaan elektrik (EV).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya dalam proses memperinci aspek-aspek teknikal dan spesifikasi yang diperlukan bagi pemeriksaan kenderaan tersebut.

“Tapi, buat masa ini, Puspakom boleh menggunapakai SOP kenderaan biasa terlebih dahulu kerana prosesnya hampir sama bagi semua kenderaan.

“Cuma kenderaan EV mempunyai bateri dan sistem berkomputer yang lain yang memerlukan penelitian pihak Kejuruteraan Automotif JPJ,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Difahamkan, buat masa ini masih belum wujud sebarang SOP pemeriksaan kenderaan EV di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here