Mohd Pisar Aziz

MELAKA – Kerugian akibat kebakaran di Melaka sepanjang lalu merekodkan mencatatkan penurunan hampir separuh iaitu  RM25.7 juta berbanding RM50.1 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Pisar Aziz berkata, pada tahun lalu juga merekodkan kira-kira RM331.49 juta jumlah harta yang berjaya diselamatkan dalam bencana sama.

“Penurunan jumlah kerugian hampir 50 peratus akibat kebakaran adalah kesan peningkatan kesedaran awam kian mengenai kepentingan keselamatan kebakaran ketika berada di rumah selain premis perniagaan.

“Malah, pelbagai kempen kesedaran yang kita jalankan bersama masyarakat juga menyumbang kepada angka penurunan ini,” katanya kepada pemberita di Dataran Ayer Keroh di sini malam tadi.

Rais melihat ruang pameran selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Sempena Ops Perayaan Tahun Baru Cina di Dataran Ayer Keroh, Melaka malam tadi.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Sempena Ops Perayaan Tahun Baru Cina yang disempurnakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin.

Mengulas lanjut, Mohd Pisar berkata, pada tahun lepas JBPM Melaka juga menerima 5,081 kes panggilan kecemasan berbanding 4,494 kes pada tahun 2023.

“Mengikut pecahan pula bagi tahun lalu, kita menerima 1,850 panggilan kebakaran, 3,097 (penyelamatan) dan 130 bagi tugas-tugas khas,” katanya.

Mengulas mengenai sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, beliau berkata, JPBM Melaka akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan pada musim cuti perayaan iaitu membuat rondaan di jalan raya terutama di kawasan hotspot kemalangan.

“Kita juga membuat pemeriksaan di premis tumpuan utama seperti pusat beli belah dan pantai-pantai peranginan di negeri ini yang lazimnya terdapat peningkatan bagi aktiviti air dan berkelah.

“Sebanyak 150 anggota dan pegawai akan bertugas pada musim cuti perayaan kali ini selain 11 Balai Bomba dan Penyelamat  di negeri ini sentiasa bersiap sedia bagi memastikan keselamatan awam,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here