KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima aduan yang diterbitkan dalam media sosial dan media tempatan berkenaan insiden buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.
Menurutnya, isu berkenaan telah dirujuk kepada Unit Integriti KKM untuk siasatan dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.
“Pihak yang berkenaan juga digalakkan membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp untuk membantu siasatan. Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM,” menurut kenyataan itu.
KKM berkata, pihaknya mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli kerana perbuatan itu bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil kepada semua.
Tegasnya, tindakan tegas termasuk tatatertib akan diambil terhadap pelaku sekiranya kesalahan dapat dibuktikan.
Menerusi catatan media social yang tular mendakwa dua pegawai perubatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu melakukan buli dan perkauman terhadap doktor pelatih.
Menerusi hantaran yang tular, pegawai perubatan terbabit didakwa membuli doktor pelatih dengan bekerja melepasi waktu tengah malam, terpaksa bekerja walaupun ada cuti sakit. – MalaysiaGazette