Steven Sim

KUALA LUMPUR – Universiti Kementerian Sumber Manusia akan dilancarkan pada tahun ini sebagai satu platform yang menawarkan latihan berkualiti dan mampu dibiayai.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, platform itu bukan universiti konvensional, tetapi satu ekosistem dan pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan daripada latihan sampai kepada pekerjaan.

Beliau berkata, Universiti Kesuma akan menawarkan kursus jangka pendek dan berkualiti yang mencakupi bidang yang luas termasuk kecerdasan buatan, kejuruteraan, dan Microsoft.

“Anda boleh memilih kursus asas kecerdasan buatan dan maklumat latihan berkenaan akan terus disambung dengan platform MyFutureJobs.

“Selepas selesainya kursus, sistem akan mencadangkan jawatan pekerjaan yang sesuai dengan apa yang telah dipelajari,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily.

Steven berkata, Universiti Kesuma mementingkan fleksibiliti dan mampu biaya, serta sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.

“Ia sesuai untuk mereka yang sedang bekerja, yang tamat sekolah menengah, malahan untuk penjaja nasi lemak,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif tersebut merupakan satu platform maya yang menyelaraskan sumber latihan seluruh negara.

“Kami bukannya mahu membina satu institusi yang baharu, tetapi hanya menyelaraskan sumber. Jadi inisiatif ini tidak memerlukan peruntukan tambahan.

“Sumber latihan pada masa ini bertaburan dalam pelbagai kementerian. Walaupun saling berkaitan, tetapi kekurangan penyelarasan,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 12 kementerian dan agensi yang mengendalikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Katanya, latihan adalah ditawarkan oleh kira-kira 600 buah institusi kerajaan dan 600 lagi institusi swasta.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here