KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan barangan runcit di hadapan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan pada jam 8.30 malam tadi.
Menurutnya, sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan ditahan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.
Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai barangan runcit dipercayai diseludup dari Thailand melalui pengkalan haram di temui dalam lori suspek tanpa dokumen yang sah.
Suspek seorang lelaki, 41, disyaki menjadi penghantar barangan tersebut ke pasaran tempatan ditahan bersama barang rampasan bernilai RM8,860.
Kes disiasat dibawah Sek. 4(1) Akta Makanan 1983 dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette