KOTA TINGGI – Tiada petunjuk baharu dalam usaha pencarian seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dalam longkang di Taman Kota Jaya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, namun operasi mencari dan menyelamat Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif yang berusia sembilan tahun diteruskan pukul 8.30 pagi tadi
“Setakat ini, mangsa masih belum lagi ditemui. Usaha pencarian melibatkan polis, bomba, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki terbabit dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang ketika mahu mengambil selipar di taman berkenaan, semalam.- MalaysiaGazette