KUALA LUMPUR – Polis sedang buru tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden dua kenderaan merempuh sekumpulan individu di hadapan sebuah pusat hiburan, pada 29 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sehingga kini belum ada tangkapan baharu.
“Usaha mengesan mereka sedang dijalankan,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Artikel berkaitan: Perselisihan faham punca Toyota Hilux dan Vios rempuh sekumpulan individu
Tiga lelaki itu ialah M. Devindran, 25, dari Taman Seri Bayu Morib, Banting, Selangor.
Seorang lagi, M. Ranjith, 19 dengan alamat terakhir di Lot 307, Jalan Raba, Banting dan seorang lagi, M. Lavindran, 27, dari Taman Intan, Kapar, Klang.
Dua orang cedera dalam kejadian rempuhan melibatkan Toyota Vios dan Hilux.
Setakat ini lima individu telah ditahan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh, yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga maksimum 20 tahun. – MalaysiaGazette