KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Harrison Hassan dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.

Perkara itu diberitahu Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin tidak memperincikan masalah kesihatan yang dihadapi kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor tersebut.

“Saya gembira melihat beliau sudah sembuh dan bertambah ceria dan bertenaga. Semoga Datuk Harrison terus diberikan kesihatan yang berpanjangan,” tulisnya.

Harrison sebelum ini memenangi kerusi DUN Jeram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 2023 lalu.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Jahaya Ibrahim dengan majoriti 5,398.

Harrison mendapat 16,731 undi berbanding Jahaya 11,333 undi.

Beliau sebelum itu adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here