KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mencemar duli hari ini berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.
Istiadat pembukaan Parlimen itu adalah kedua buat Sultan Ibrahim selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, barisan jemaah menteri dan ketua perwakilan asing turut menghadiri istiadat berkenaan.
Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 19 hingga 25 Februari.
Takwim itu turut menyenaraikan sesi pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan lain akan berlangsung pada enam hari terakhir persidangan bermula 26 Februari ini.
Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung selama 13 hari bermula 3 Mac depan. – MalaysiaGazette