Sabariah Saidan ketika merasmikan Baby Hatch KPJ Pahang Specialist Hospital di Kuantan hari ini

KUANTAN – Hanya seorang bayi dihantar di Pusat Perlindungan Bayi atau lebih dikenali sebagai baby hatch di Kuantan KPJ Pahang Specialist Hospital dalam tempoh 10 tahun lalu.

Exco Kebajikan Masyarakat, Wanita dan Keluarga, Datuk Sabariah Saidan berkata bayi tersebut diterima pada pada tahun 2015 selepas diwujudkan sejak tahun 2012 di cawangan hospital pakar berkenaan di Jalan Alor Akar di sini.

Namun katanya Pusat Perlindungan Bayi dirasmikan semula hari ini di cawangan Hospital KPJ Tanjung Lumpur setelah memulakan operasi baharu di sini.

“Tujuan penubuhan baby hatch ini bukan menggalakkan seks luar nikah tetapi kita nak menyelamatkan bayi yang tidak berdosa.

“Kita berharap tidak ada lagi kes pembuangan bayi di longkang, jalan atau sebagainya, dengan adanya pusat ini lebih menjamin keselamatan bayi.

“Di sini kita tidak menyimpan bayi berkenaan tetapi serah kepada keluarga angkat baharu melalui prosedur Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Perlindungan Bayi berkenaan di KPJ Pahang Specialist Hospital, di sini hari ini.

Hadir sama Pemegang Amanah OrphanCare Foundation, Datuk Aminah Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif  KPJ Pahang Specialist Hospital, Omar Zakir Bawadi.

Menurut Sabariah, orang ramai tidak perlu khuatir kerana segala maklumat berkaitan bayi dan penyerah bayi di pusat berkenaan tidak direkodkan dan dijamin sulit.

Malahan pihaknya akan mencadangkan kolaborasi aktiviti Anggun Care yang diusahakan kerajaan negeri ini bagi membantu pusat berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here