Timbalan Yang Di-pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor memberi amaran kepada wakil Kampar, Chong Zhemin akan dihalau keluar daripada sesi sekiranya terus bangun menganggu Datuk Seri Wee Ka Siong yang membangkitkan isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan pengurusan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).