KUALA LUMPUR – Olive Jardin Sdn. Bhd. iaitu syarikat pengedar minyak zaitun extra virgin olive oil (EVOO) jenama Zouitina Prestige menasihati orang ramai dengan ekoran kebanjiran pelbagai produk minyak zaitun palsu di pasaran ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Olive Jardin Sdn Bhd, Muhd Shakir As-Salam berkata, pemalsuan label minyak zaitun terutama penyalahgunaan label EVOO untuk minyak zaitun gred rendah seperti lampante amat dikesali.
Menurutnya, ia kerana minyak zaitun gred itu ditafsirkan oleh piawaian Majlis Zaitun Antarabangsa (IOC) sebagai tidak sesuai untuk pemakanan.
“Namun disebabkan kurang pengetahuan pengguna kebanyakannya tertipu kerana boleh dikatakan 95 peratus minyak zaitun EVOO di Malaysia adalah palsu.
“Pemalsuan gred minyak ini beri kesan yang sangat negatif pada kesihatan dan merugikan wang masyarakat.
“Oleh itu saya menyeru semua pengguna perlu memahami aspek kualiti minyak zaitun sebagaimana yang ditetapkan oleh IOC bagi memastikan para pengguna tidak terkhilaf di dalam memilih minyak zaitun berkualiti tinggi,” katanya yang ketika ini giat mengadakan kempen kesedaran bagi memberi pendedahan perbezaan minyak zaitun palsu dan asli kepada pengguna.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2025/02/WhatsApp-Image-2025-02-06-at-15.47.35-e1738929046749.jpeg)
Muhd Shakir menambah, minyak zaitun tulen berbau segar seperti rumput hijau yang baru dipotong pada waktu pagi, jambu batu atau daun inai.
Ia juga terasa pahit dipangkal lidah serta terasa sedikit pedas ketika ditelan yang membuktikan minyak zaitun itu tulen.
“IOC menafsirkan minyak zaitun di dalam kelas gred extra virgin olive oil (EVOO) sebagai yang paling berkualiti diikuti oleh virgin olive oil (VOO) manakala lampante olive oil (LOO) dianggap sebagai minyak zaitun yang tidak selamat untuk dimakan.
“Memandangkan aspek kualiti dan pengelasan gred-gred minyak zaitun di atas diwujudkan oleh IOC, maka seharusnya setiap syarikat atau individu yang mengedarkan minyak zaitun di pasaran perlu dengan penuh tanggungjawab melabel minyak zaitun berdasarkan panduan IOC,” katanya.
Muhd Shakir, berkata, selaku pengedar minyak zaitun jenama Zouitina Prestige di Malaysia, pihaknya akan memastikan masyarakat mendapat manfaat kesihatan sebagaimana selayaknya.
“Minyak zaitun syarikat yang berasal dari Morocco ini dipilih setelah penelitian ketat terhadap aspek ketulenan dan kualiti.
“Olive Jardin kini merupakan pengedar tunggal jenama Zouitina Prestige di pasaran Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei,” katanya. – MalaysiaGazette