Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa pendirian beliau jelas untuk tidak menyokong perintah ‘gag order’ berhubung titah adendum penahanan di rumah Datuk Seri Najib Razak.

Jelasnya, pendirian beliau kekal tidak berubah yang mana permohonan perintah larangan bersuara oleh Jabatan Peguam Negara berhubung hal berkenaan tidak sepatutnya dibuat kerana isu titah adendum telah pun diketahui umum.

“Saya juga telah menghubungi YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan beliau menjelaskan bahawa kenyataannya merujuk kepada pendirian kami, Ahli-ahli Parlimen blok Barisan Nasional berhubung isu ini dalam mematuhi Peraturan Mesyuarat 36(2).

“Peraturan itu menyebut “Ahli-ahli tidak boleh mengucapkan perkara yang sedang diadili Mahkamah (subjudis) dengan cara yang mungkin pada hemat Pengerusi merosakkan kepentingan pihak-pihak di dalam kes tersebut.”

“Keputusan tersebut berkaitan larangan membahaskan dan membincangkan perkara berkaitan Titah Adendum dalam Dewan Rakyat.

“Oleh itu, kenyataan beliau perlu difahami dalam konteks tersebut dan bukannya sebagai pendirian Kerajaan terhadap gag order secara umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azalina berkata demikian sebagai maklum balas terhadap laporan sebuah portal yang bertajuk “Terima kasih Azalina kerana tolong koordinasi gag order – Zahid” pada 4 Februari lalu.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here