ALOR GAJAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menumpaskan kegiatan menyeludup 10 ekor arnab bernilai hampir RM15,000 di perairan Pantai Pengkalan Balak, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, serbuan pada jam 12.10 pagi itu dilakukan pasukan operasi darat dan laut selepas menerima maklumat berkaitan pergerakan mencurigakan.

“Ketika operasi, pasukan penguat kuasa menemukan tiga buah sangkar yang berisi 10 ekor arnab ditinggalkan di tepi pantai.

“Berdasarkan pemerhatian awal, arnab-arnab tersebut yang dianggarkan bernilai lebih RM15,000 dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini tanpa melalui prosedur sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kejayaan itu juga adalah hasil maklumat Bahagian Perisikan Ibu Pejabat Putrajaya dalam membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan tersebut.

“Kami percaya kehadiran bot penguat kuasa telah disedari suspek, menyebabkannya lari ke kawasan perairan cetek menggunakan bot gentian kaca dilengkapi enjin sangkut 60 kuasa kuda bagi mengelakkan diri daripada ditahan.

“Kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
(Akta 728) dan semua barang rampasan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Mohd Khairi berkata, Maritim Malaysia akan terus memperketatkan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan ekonomi negara.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim boleh dilaporkan kepada Pusat
Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 atau menerusi talian kecemasan 999.raw – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here