Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan seramai 36 pegawai kanan berkuat kuasa 10 Mac depan.

Setiausaha Polis Malaysia PDRM Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, mendahului senarai pertukaran adalah Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin yang dilantik sebagai Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Sarawak, Datuk Ibrahim Darus dilantik Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman dengan memangku CP.

Kamaruzaman berkata, Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Dzulkhairi Muktar dilantik Ketua Polis Melaka dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Sementara itu, Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Mohammad Shaharul Md Osman dilantik Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku DCP.

Penolong Pengarah E3A Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Azhar Sepawi dilantik Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku DCP.

Manakala Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Mohd Zaini Abu Hassan dilantik Timbalan Ketua Polis Selangor dengan memangku DCP.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri pula dilantik Ketua Pusat Pengajian Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku SAC.

Sementara Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Sarawak, ACP Yuszida Basria dilantik Pengarah Bahagian Risikan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dengan memangku SAC.

Beliau berkata, Ketua Penolong Pengarah (Operasi/Bantuan Teknik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, ACP Amran Yaakob pula dilantik Pengarah Bahagian Siasatan dan Pendakwaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dengan memangku SAC.

Dalam pada itu, Timbalan Komander (Operasi) Unit Tindakhas Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, ACP Hisham Mahmood dilantik Komander Unit Tindakhas Pasukan Gerakan Khas KDNKA Bukit Aman dengan memangku SAC.

Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Muhamad Riduan Manap@Saif dilantik Ketua Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas/Jenayah Terancang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman dengan memangku SAC.

Manakala Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Pahang, ACP Shaidatul Akmar Mohd Noor dilantik Penolong Pengarah E3A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku SAC.

ACP Institut Keselamatan Awam (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya, ACP Dr Md Rozimi Mohd Nasir dilantik Penolong Pengarah E1A Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku SAC manakala Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Jabatan KDNKA, Tampoi, Johor, ACP Muhd Zailani Abdullah dilantik Ketua Jabatan KDNKA Johor dengan memangku SAC.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Persatuan/Syarikat) JSJK, Bukit Aman, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi dilantik Ketua Jabatan KDNKA Perak dengan memangku SAC.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Sabah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek pula dilantik Ketua Jabatan KDNKA Sabah dengan memangku SAC.

Tambah beliau, seramai 20 lagi pegawai kanan berpangkat Superintendan dinaikkan pangkat ke ACP dan bertukar ke beberapa jabatan dalam PDRM bermula tempoh yang sama.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here