Screenshot

KUALA LUMPUR – Personaliti terkenal, Noor Neelofa, melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami seperti Haris Ismail, seorang pendakwah selebriti yang bertanggungjawab dan berdedikasi.

Dalam satu hantaran di Instagram, usahawan berusia 36 tahun itu menyatakan bahawa suaminya menunjukkan dedikasi tinggi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

“Saya ingin mengambil sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih atas segala usaha, pengorbanan, dan kerja keras yang tidak pernah putus, bukan hanya untuk saya dan anak-anak, tetapi juga untuk dunia dan akhirat.

“Saya amat menghargai komitmen serta dedikasi yang awak curahkan dalam perkahwinan kita, anak-anak, dan perjalanan kita dalam mendalami iman,” tulisnya dalam hantaran tersebut semalam.

Menurut Neelofa, perkongsian itu dibuat sebagai tanda penghargaan kepada suaminya.

“Namun, walaupun tanpa penghargaan secara terbuka, Haris tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

“Saya tahu, sama ada saya buat hantaran ini atau tidak, awak akan tetap konsisten dalam segala yang dilakukan untuk keluarga kita. Cuma saya ingin menyatakannya dengan lantang,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here