Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Pelakon Siti Saleha kini sah kembali menjadi isteri selamat bernikah dengam pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz hari ini.

Gambar pasangan raja sehari itu yang kini tular di dalam laman sosial memaparkan Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, 35, duduk di pelamin sambil menadahkan tangan berdoa mengaminkan akad nikah.

Pernikahan itu selepas tiga bulan mereka memgikat pertunangan.

Pada November 2024, aktres yang mesra disapa Sally mendedahkan sudah bertunang dengan lelaki berdarah kacukan itu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa.

Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Lutfi Azhar, namun perkahwinan tersebut berakhir pada 2021 selepas empat tahun bersama.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – MalaysiaGazete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here