Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan  penglibatan langsung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam penganjuran Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina, yang sebelum ini jarang dilakukan oleh agensi berkenaan.

Dalam kenyataan di laman Facebooknya, beliau melahirkan kebimbangan mengenai penglibatan Jakim dalam acara tersebut, terutama jika terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti upacara ‘titik mata’ pada tarian singa atau kehadiran dewa kekayaan (Cai Shen).

“Kenapa Jakim tidak serahkan sahaja kepada NGO-NGO yang biasa menganjurkan dan telahpun melakukannya sebelum ini? Kalau berlaku perkara pelik dalam majlis tersebut, adakah JAKIM mahu mengambil tanggungjawab atau menyerahkan kepada NGO sahaja?” katanya.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎(မိုပဲ 2025 چینا بهارو تاهون مدني محبه جاليتن قروکرم PROGRAM JALINAN MUHIBAH MADANI Tahun Baharu Line 2025 亲善联谊昌明庆会 Dirasmikan oleh: B SENATOR DATO" SETIA DR. HAJI MOHD NA'IM BIN HAJI MOKHTAR MENTERI JABATAN PERDANA MENT MENTER (HAL EHWAL AGAMA) 16 FEBRUARI 2025 17 SYAABAN 1446H AHAD 8.00 PAGI 2.00 PETANG DEWAN PERSATUAN HOKKIEN, KLANG, SELANGOR - AAKИH HADIM hDaah 1ธช4้ก SNTT- FundAction YAYASANTAGI YAYASA TAGWA വു MALAYSIA MADANI kesej kesejahternan‎"‎‎

Beliau turut menegaskan Jakim seharusnya lebih menumpukan kepada tugas utama seperti memperkukuhkan kefahaman Islam dalam kalangan rakyat, khususnya bukan Islam, berbanding terlibat secara langsung dalam penganjuran perayaan budaya.

Dia juga mempersoalkan penggunaan dana rakyat untuk tujuan tersebut, sedangkan pelbagai NGO Islam seperti  Pusat Aktiviti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  telah menganjurkan majlis yang serupa.

MACMA, PERKIM dan lain-lain NGO baharu sahaja menganjurkan majliskan makan sempena CNY. Yadim pun dengar cerita pun buat. Tak cukup lagikah? Perlukah Jakim terlibat secara langsung, melibatkan dana rakyat?.

“Nasihat saya kepada Jakim, banyak kerja lain lagi yang perlu dibuat, tak perlulah terlampau beriya-iya menganjurkan sambutan seperti ini. 

“Untuk apa? Nak tunjukkan kita meraikan kepelbagaian dan promosi keharmonian? Apakah selama ini JAKIM tidak meraikan kepelbagaian dan tidak promosi keharmonian?,” ujarnya.

Menurutnya, insiden seperti yang berlaku dalam sambutan oleh MACMA Sabah baru-baru ini, yang dikatakan melibatkan unsur khurafat, menunjukkan risiko jika Jakim turut terlibat secara langsung dalam penganjuran majlis seumpama itu.

“Saya harap Jakim tidak mengulangi kesilapan tersebut kerana banyak tugas lain yang lebih utama menanti.

“Apapun, tahniah Jakim kerana mengambil inisiatif menjadi tuan rumah, penganjur utama majlis ‘sambutan’ CNY, walaupun CNY telah berakhir 15 hari lepas. 

“Dalam budaya, selepas 9 atau 15 hari, adalah penutup kepada tahun baharu. Bukan macam kita, raya sebulan. Faham-fahamkanlah,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here