Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).

KUALA LUMPUR – Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES) dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia pada masa akan datang.

Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata, perjanjian itu pelbagai usaha dapat dilakukan termasuk mempromosikan tarian di negara ini ke mata dunia.

Beliau berkata, tidak mustahil untuk mencipta fenomena seni tari Malaysia Pop seperti K-Pop sekiranya semua pihak bekerjasama dan membantu mengetengahkan pelbagai tarian yang ada di negara ini.

“Saya percaya seni tari dari pelbagai kaum di negara ini boleh membentuk satu budaya tarian yang menarik dan menjadi ikutan di peringkat antarabangsa.

“Tidak mustahil kerana kita mempunyai pelbagai jenis tarian daripada pelbagai kaum yang mempunyai keunikan masing-masing dan pastinya menarik apabila digabungkan,” katanya pada majlis TikTok Meet Up Night anjuran VIBES baru-baru ini.

Tidak mustahil untuk negara mencipta fenomena seni tari Malaysia Pop seperti K-Pop sekiranya a semua pihak bekerjasama.

Stephanie juga berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia tarian juga aktif sebagai jurutari profesional termasuk pernah membuat persembahan di China mengenakan kebaya dan menari tarian tradisional Malaysia.

“Saya percaya usaha yang dijalankan bersama VIBES melalui kandungan yang dipaparkan oleh hos TikTok dibawah agensi ini akan membantu serta menjadikan ia realiti,” katanya.

Beliau juga berharap lebih banyak rancangan realiti berkenaan tarian diperkenalkan di negara ini bagi menarik minat anak muda.

Sementara itu, pengasas VIBES, Datuk Seri Eizlan Yusof berkata, agensi itu komited dalam memastikan hos TikTok di bawah seliaan mereka menyebarkan kandungan berguna kepada masyarakat.

“Kita sentiasa melatih dan mengingatkan hos kita supaya menampilkan nilai murni dan kandungan yang memberikan impak positif kepada masyarakat.

“Jangan terlalu memikirkan untuk mendapat impak atau tontonan sehingga mengabaikan tatasusila serta memberikan kesan negatif kepada pihak lain seperti yang berlaku baru-baru ini membabitkan hal negara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Tambah Eizlan, hos TikTok juga perlu mengambil selebriti TikTok yang mempu membuat pendapatan dan mengumpul pengikut tanpa menggunakan kandungan sensasi.

Beliau berkata, majlis yang diadakan itu sebagai menghargai hos TikTok di bawah VIBES serta menandatangani perjanjian persefahaman dengan SDG.

Pada majlis sama, VIBES turut menandatangani perjanjian persefahaman bersama Synergy Global Agency dan Inspire Agency.

Sementara itu, Eizlan yang juga pelakon turut melancarkan Joe Kurta by Eizlan Yusof sempena sambutan Ramadan dan Syawal selepas lebih 3,000 helai terjual pada tahu lalu.

Katanya, kurta berkanaan mempunyai lapan warna pilihan menawarkan saiz sehingga 2XL. – MalaysiaGazette

Eizlan baru melancarkan Joe Kurta by Eizlan Yusof sempena sambutan Ramadan dan Syawal.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here