Ramadan dan Syawal dipilih Rizman Ruzaini sebagai detik terbaik ‘memberi kembali’ hadiah istimewa kepada RR Royalties menerusi rekaan baju Raya.

KUALA LUMPUR – Jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini melancarkan lima koleksi secara serentak dalam meraikan ulang tahun ke 20 tahun dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam menghargai pelanggan mereka.

Salah seorang pengasasnya, Rizman berkata, Ramadan dan Syawal dipilih sebagai detik terbaik ‘memberi kembali’ hadiah istimewa kepada RR Royalties menerusi rekaan baju raya.

Apa yang menarik, rekaan busana setiap lima koleksi itu adalah imbasan seleksi terdahulu yang pernah menjadi fenomena kepada jenamanya dan ‘pengubat rindu’ buat RR Royalties untuk menggayakan semula koleksi dari arkib jenama kesayangan mereka.

“Berbeza daripada tahun sebelumnya, tahun ini juga menjanjikan kelainan apabila tiada selebriti yang dilantik sebagai muse dalam menggayakan rekaan mereka dan bagi saya tempoh 20 tahun itu sendiri sudah menggambarkan kemampuan jenama ini untuk bersaing dalam liga tersendiri.

”Kami muncul dengan keputusan ini, bagi saya rakan artis adalah antara faktor Rizman Ruzaini berada pada tahap ini dan tidak akan sesekali melupakan rakan-rakan artis yang sentiasa memberi sokongan atas kerja keras kami.

”Cuma kali ini kami ingin menghargai RR Royalties yang juga pelanggan Rizman Ruzaini. Perlu diingatkan pelanggan kami hadir dari pelbagai latar belakang dan setiap dari mereka ini adalah penyumbang setiap keputusan di Rizman Ruzaini,” katanya dalam satu kenyataan.

Jenama Rizman Ruzaini sudah 20 tahun berada di pasaran.

Lima koleksi itu adalah Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture collection, Rizman Ruzaini 20th Anniversary Raya 2025 RTW Capsule collection, Rizman Ruzaini Red Raya 2025 RTW collection, Empress, the RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 collection dan RR by Rizman Ruzaini Basic Raya 2025 Collection.

Rizman menambah, bagi Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection, apa yang cuba ditampilkan adalah sentuhan rekaan yang menggambarkan warisan budaya Malaysia.

Memilih Tengku Shaheera Tengku Abdullah sebagai muse utama, perincian mewah sentuhan ini juga turut menggambarkan pemahaman yang halus tentang sejarah dan perkembangan dunia fesyen.

Katanya lagi, dalam mengimbau kembali kehadiran jenama Rizman Ruzaini sejak 20 tahun lalu, kemunculkan Rizman Ruzaini Raya 2025 Capsule Collection dilihat tepat pada masanya.

“Tidak sekadar menyasarkan golongan pelanggan yang sama, Rizman Ruzaini Red 2025 Raya Ready to Wear Collection dilihat koleksi tepat bagi mereka yang menginginkan rekaan ekslusif pada harga yang lebih mampu milik.

“Tidak ketinggalan membuat kemunculan penting dalam kalendar fesyen Rizman Ruzaini pastinnya RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung Collection diperkenalkan lima tahun lalu, RR by Rizman Ruzaini Basic Kurung ini sudah menjadi antara seleksi wajib.

“Paling digemari RR Royalties setiap kali menjelangnya Syawal apabila lebih 300,000 pasang terjual dalam tempoh tersebut dengan puluhan warna diperkenalkan saban tahun.

Melengkapkan koleksi tahun ini pastinya RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection yang berinspirasikan legasi British Raj dan pemerintahan simbolik Ratu Victoria di mana koleksi ini menggabungkan kekayaan sejarah dengan kemewahan kontemporari, katanya. – MalaysiaGazette

Tiada lagi wajah selebriti dalam koleksi terbaru Rizman Ruzaini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here