Seorang maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kereta di Jalan Semenyih-Kajang malam tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan empat buah kereta di Jalan Semenyih-Kajang malam tadi.

Menurut polis, dalam kejadian pukul 11.15 itu berlaku apabila tiga buah kereta itu menghala ke Semenyih.

“Semasa melalui Jalan Semenyih-Kajang sebuah kereta dari arah Semenyih telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar tiga kenderaan menyebabkan motokar tersebut berpusing dan terbabas di tepi jalan,” kata kenyataan yang sama.

Akibat dari kemalangan itu, wanita warga tempatan berusia 21 tahun iaitu pemandu kereta yang masuk ke laluan bertentangan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu lain di bawa ke Hospital Kajang untuk mendapat rawatan dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akata Pengangkutan Jalan (APJ 1987. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here