Wajah terkini Fathia Latiff.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Fathia Latiff mengakui tidak marah netizen apabila wajahnya sering menjadi bualan ramai terutamanya dalam media sosial.

Pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff  tidak mengambil peduli kerana setiap orang mempunyai hak masing-masing untuk meluahkan pandangan.

Namun, Fathia berkata, penambahan usia menjadi faktor utama perubahan wajahnya kini.

“Itu pendapat masing-masing. Bagi saya wajah saya tetap sama. Mungkin perubahan yang dilihat berpunca daripada faktor usia.

“Saya tidak marah kepada mereka yang memperkatakan mengenai wajah saya kerana itu hak masing-masing untuk berpendapat. Saya terima dengan hati terbuka,” katanya pada sidang media drama Bidaah semalam. 

Drama itu akan mula ditayangkan di laman penstriman, Viu mulai 6 Mac ini.

Mengulas lanjut, Fathia, 38, mengakui melakukan rawatan wajah untuk mengekalkan kejelitaan.

“Saya ada eye bags dan buat rawatan untuk menghilangkannya. Selain itu, saya buat rawatan melicinkan kulit. Rawatan yang ekstrem saya tidak buat,” katanya dalam rakaman video ketika ditemubual wartawan.

Fathia bagaimanapun  jarang memuat naik hantaran atau membaca komen dalam media sosial demi menjaga kesihatan mental namun hanya berkongsi perkara berkaitan kerja sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here