PPNP diwakili Bendaharinya, Wan Aidie Amin Wan. A. Aziz

KUANTAN – Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini atas kesalahan menduduki tanah Kerajaan Negeri Pahang tanpa kebenaran.

Menurut kertas pertuduhan, PPNP didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah Kerajaan Negeri Pahang  di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan.

Di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828, pertubuhan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan juga boleh membawa kepada hukuman di bawah Seksyen 426C(3) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828 iaitu suatu perintah untuk pelucuthakkan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan kepada mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Seksyen 425 telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu.

PPNP yang diwakili Bendaharinya, Wan Aidie Wan. A. Aziz bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi.

Mahkamah membenarkan ikat jamin berjumlah RM6,000 dan menetapkan tarikh 18 April 2025 untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Mahkamah keluar waran tangkap Pengerusi Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here