Aidil Sholeh.

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin melakar sejarah dalam kariernya selepas muncul juara Cabaran Antarabangsa Sri Lanka 2025 hari ini.

Pemain ranking ke-68 dunia itu hanya memerlukan 47 minit untuk menewaskan pemain nombor 210 dunia dari India, Pranay Katta 21-19, 21-15 dalam aksi final di Kompleks Sukan St Joseph, Colombo.

Ia kejuaraan antarabangsa kedua buat pemain berusia 25 tahun itu selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa Indonesia 2023 dan yang pertama sejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahun lalu.

Terdahulu, dia berjaya mara ke final selepas menewaskan atlet tuan rumah, Viren Nettasinghe 21-16 21-18 pada aksi separuh akhir.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$17,500 (kira-kira RM78,091). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here