HS Event & Ent Sdn Bhd menampilkan pula Ijmal Cinta Ramadan 2.0

KUALA LUMPUR – Ramadan bulan seribu rahmat, bulan mulia, bulan berkat bulan kebajikan dengan pahala berganda tiba lagi. Bulan Ramadan juga menyaksikan Al-Quran kalam Allah SWT diturunkan sebagai panduan hidup manusia dimana di dalamnya ada lailatul qadar

Justeru, kedatangan Ramadan setiap tahun tentunya dinanti-nantikan oleh mereka yang mengetahui kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada bulan ini.

Banyak yang boleh dimanfaatkan oleh kita dari segi kesedaran spiritual, meningkatkan ibadah, serta mendekatkan diri kepada Allah SWT memandangkan keampunan dan doa diterima pada bulan ini. 

Ramai yang mengambil keberkatan bulan suci ini dengan menganjurkan program dakwah dan kebajikan, tidak terkecuali syarikat HS Event & Ent Sdn. Bhd. yang kekal dengan program tahunan mereka. 

Jika tahun lalu, mereka tampil menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang mendapat sambutan positif peminat, kali ini HS Event & Ent Sdn Bhd menampilkan pula Ijmal Cinta Ramadan 2.0 yang bakal diadakan pada 21 Mac ini di Saloma Kuala Lumpur.

Program ini menampilkan penyanyi Ramlah Ram, Noorshila Amin, Zur Eda, Man Bai, Ameng Spring, Amir Ukays dan Zamani Slam.

Konsert Ijmal Cinta Ramadan 2.0 yang bakal menampilkan penyanyi Ramlah Ram, Noorshila Amin, Zur Eda, Man Bai, Ameng Spring, Amir Ukays dan Zamani Slam.

Penganjurnya, Datin Ismariza dan rakan kongsi, Mubarak Akhtar berkata, Ijmal Cinta Ramadan 2.0 seperti biasa akan menampilkan persembahan dengan nilai-nilai spiritual yang sesuai dan bermakna dalam suasana Ramadan. 

“Orang ramai yang membeli tiket secara tidak langsung juga turut berpeluang untuk beramal menerusi program ini.” 

“Pada petang hari kejadian, akan berlangsung tadarus al-Quran dan tazkirah yang mendalam sebelum kita semua bersama-sama berbuka puasa. Kemudian, kita akan melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah.”

“Kita juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan. Selepas itu, solat Isyak dan tarawih akan diadakan. Dan barulah persembahan artis bermula,” katanya.

Mengulangi kebiasaan, penganjur juga tidak melupakan insan seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan apabila menghulurkan sumbangan. 

“Pada acara ini juga, kita turut meraikan 10 anak seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan untuk kita berikan sumbangan. Semoga ia dapat membantu meringkan beban mereka menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Mengulas berkenaan tujuh artis ini pula, Mubarak berkata, kesemuanya adalah nama-nama besar dan mempunyai kelompok peminat tersendiri dalam industri nyanyian tanah air. 

“Selain mempunyai kelompok peminat yang besar, kesudian mereka untuk terlibat dalam program ini juga sesuatu yang luar biasa.

“Saya percaya peminat setia mereka tidak akan melepaskan peluang hadir ke program tahunan ini,” katanya.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here