KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memaklumkan ibu pejabat beroperasi di lokasi baharu di Menara Ochre @ Alamanda di Putrajaya bermula hari ini, 3 Mac 2025.
Perpindahan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan kecekapan operasi serta meningkatkan kemudahan perkhidmatan kepada masyarakat.
Segala urusan rasmi Yapeim akan dijalankan di alamat berikut:
Z1-GF-4, Menara Ochre @ Alamanda,
No.2, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 03-80903900, atau e-mel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette















