Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 09 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan memberi peluang kepada kerajaan mendaftar jumlah pekerja asing di negara ini, kata  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, caruman pada kadar minuman itu juga merupakan simpanan tetap dan mendorong mereka untuk mengeluarkannya apabila tamat tempoh perkhidmatan dan permit bekerja.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan caruman buat pekerja asing itu juga kerana kerajaan terikat dengan dengan piawaian antarabangsa, Artikel 68, Konvensyen 102 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Jadi, KWSP dan Kementerian Kewangan mengadakan libat urus dengan semua syarikat-syarikat besar dan Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Sebab itu, kalau kita lihat, hampir 70 negara menggunakan kaedah caruman walaupun kebanyakan negara meletakkan caruman lebih tinggi.

“Kita menggunakan minimum dua peratus yang dianggap tidak membebankan,” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Chiew Choon Man (PH-Miri) mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dikatakan membebankan majikan serta mengalih perhatian KWSP kepada simpanan persaraan warganegara.

Sementara itu, Anwar berkata, kerajaan memberi jaminan individu di negara ini memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

Katanya, ia boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

“Kesemuanya mewujudkan pusat kecemerlangan untuk latihan menambah kemahiran, terutamanya AI.

“Saya akui AI ini satu pendekatan yang mencabar kerana walaupun kita jadikan ini dasar yang jelas tetapi penguasaannya itu masih terbatas,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang ingin tahu mengenai perancangan kerajaan bukan sahaja untuk menaikkan gaji, malah meningkatkan kadar produktiviti pekerja bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here