KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunaikan janjinya apabila menghadiahkan persalinan baju Melayu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyampaikan baju Melayu berona biru dan merah jambu itu ketika berpeluang bertemu Perdana Menteri di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Sebelum itu pada sesi pagi Anwar sempat mengusik Syed Saddiq mengenai model baju Melayu dan beliau berjanji akan menyerahkan kepada perdana menteri di luar Dewan Rakyat.
Sementara itu, menerusi klip video yang dikongsi menerusi siaran langsung di platform TikTok miliknya Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika menerima pemberian itu sempat bergurau apabila berkata selebriti, Bella Astillah, sepatutnya perlu ada ketika penyerahan sepersalinan baju Melayu itu.
Namun Syed Saddiq secara sepontan memberitahu Anwar agar tidak ‘mengganggu’ Bella, selebriti wanita yang digosipkan sebagai teman wanita beliau.
“Jangan kacau, itu (Bella) saya punya, kasi (bagi) chance (peluang) la Datuk Seri,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam klip video yang dikongsi menerusi siaran langsung di platform TikTok miliknya, hari ini.
Minggu lalu, media melaporkan Anwar ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, sempat mengusik Syed Saddiq yang kini ‘trending’ di media sosial selepas menjadi model baju raya bagi sebuah jenama fesyen.
“Tak pakai baju Melayu hari ni…model pakaian tak ada hari ni?” demikian usik perdana menteri sambil mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana mengajukan soalan.
Gurauan Perdana Menteri itu menceriakan suasana Dewan Rakyat apabila disambut hilai tawa beberapa Ahli Parlimen termasuk ada menyebut nama pasangan Syed Saddiq sebagai model baju raya.
Syed Saddiq ketika sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat sebelum ini turut mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi mendapatkan sumbangan untuk pengundi di kawasan Parlimennya.
Pengasas parti MUDA itu dilaporkan berkata, ia susulan usahanya bagi mendapatkan peruntukan yang berhasil.
“Saya sudah cuba berkali-kali (memohon peruntukan) namun tidak berjaya… sebab itu saya lari dan jadi model. Ada Ahli Parlimen marah saya jadi model.