JOHOR BAHRU – Tradisi Istana Johor mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadan yang menjadi sebahagian inisiatif Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyantuni rakyat di setiap daerah diteruskan tahun ini.
Menurut Penyelia Istana Johor, Faizol Abdullah, pengagihan bubur lambuk Istana Johor kini diibaratkan sebagai satu tradisi dinanti-nantikan rakyat Johor setiap kali menjelang Ramadan.
“Pada tahun 2020, baginda bertitah untuk menguruskan penyediaan serta pengagihan bubur lambuk ini untuk rakyat di daerah Johor Bahru sahaja sebelum diperluaskan kepada seluruh daerah pada tahun berikutnya,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.
Pada tahun 2021, Sultan Ibrahim turut berkenan memasak sendiri bubur lambuk bersama kakitangan Istana Johor kemudian diagihkan kepada rakyat serta pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Sementara pada hari ini, sebanyak 1,000 paket bubur lambuk disampaikan kepada rakyat di daerah Batu Pahat.
Terdahulu, bubur lambuk disampaikan oleh Faizol kepada Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohd Zainul Ariffindi Istana Pasir Pelangi sebelum diagihkan kepada 16 mukim di daerah berkenaan.
Faizol turut menyampaikan bubur lambuk kepada Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohd Zainul Ariffin di Istana Pasir Pelangi sebelum diagihkan ke 16 mukim di daerah berkenaan.- MalaysiaGazette