Siti Nurhaliza hadir pada majlis perasmian Budaya Raya yang berlangsung di Pavilion, Bukit Bintang.

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempamerkan koleksi peribadi merangkumi pakaian raya serta beberapa kejayaan pernah diraih dalam dan luar negara untuk tatapan peminat sehingga awal Syawal nanti.

Penghibur nombor satu negara itu berkata, sebanyak 20 koleksi baju raya yang pernah digayakannya sejak awal pembabitan dalam karier seni juga menjadi bahan pameran di Pavilion Bukit Bintang ketika ini.

“Selain itu, terdapat beberapa anugerah yang saya menang turut dipamerkan nanti seperti Anugerah Bintang Popular, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik.

“Saya juga memang ada impian sebenarnya untuk buka galeri sendiri tapi belum jumpa lokasi sesuai dan mungkin ini adalah permulaan untuk saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Budaya Raya berlangsung semalam yang juga memberinya peluang menjadi selebriti pertama di Malaysia bekerjasama dengan pusat beli-belah ternama itu.

Sempena Ramadan ini, Siti Nurhaliza, 46, juga memberitahu, beliau bakal melancarkan lagu raya terbaharu tidak lama lagi selain mengharapkan sokongan terhadap lagu Tak Balik Raya yang dirakamkan anak saudaranya, Umairah.

Katanya, lagu Tak Balik Raya itu baru dilancarkan Umairah semalam dan semoga ia diterima baik pendengar muzik tanah air berikutan selepas Ramadan bagi meraikan kedatangan Syawal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here