Najahul Kamilah Aminy Sukri, Doktor Falsafah (Penyelidikan) Pengurusan (Keusahawanan) penerima Insentif Belajar Tanpa Henti

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terus komited dalam menyokong alumni dan anak alumni untuk melanjutkan pengajian di peringkat
lebih tinggi menerusi Insentif Belajar Tanpa Henti yang diperkenalkan oleh Pusat Alumni, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Insentif khas ini diperuntukkan sebanyak RM10,000 setahun bagi membantu alumni yang menyambung pengajian pascasiswazah di UMT.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain, dalam Majlis Perutusan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni) 2025 baru-baru ini mengumumkan insentif itu diberikan secara one-off sebanyak RM400 kepada alumni yang menyambung pengajian di peringkat sarjana
dan RM500 kepada alumni yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan insentif kepada tiga penerima yang sedang melanjutkan pengajian pascasiswazah di UMT, iaitu Najahul Kamilah
Aminy Sukri (PhD Penyelidikan dalam Pengurusan – Keusahawanan), Rahman Syahputra Syafruddin (Sarjana Sains Penyelidikan dalam Sains Marin – Biologi Marin) dan Muhammad Fikkri Zainal Efendi (Sarjana Sains Penyelidikan dalam Pemasaran).

Salah seorang penerima, Najahul Kamilah Aminy Sukri, menyifatkan bantuan ini sebagai suntikan semangat untuknya meneruskan dan menamatkan pengajian
dengan lebih fokus.

“Saya sangat berterima kasih kepada HEPA dan Pusat Alumni UMT atas inisiatif ini. Ia benar-benar membantu kami sebagai pelajar pascasiswazah,” katanya.

Beliau turut menggalakkan alumni UMT yang sedang menyambung pengajian pascasiswazah agar tidak melepaskan peluang untuk memohon bantuan ini.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Kebajikan Alumni, yang boleh didapati melalui penyelaras alumni di setiap fakulti atau Pusat Alumni.

Dalam usaha memperkukuh sokongan kepada alumni, UMT turut memperkenalkan Insentif Jom Sambung Belajar@UMT yang mana anak alumni yang menyambung
pengajian di UMT akan menerima bantuan one-off sebanyak RM200 bermula sesi akademik Oktober 2025.

Tambah Prof. Izani, inisiatif itu dijangka menggalakkan lebih ramai anak alumni untuk menyambung pengajian di UMT seiring dengan promosi Kempen Jom Masuk
UMT yang sedang giat dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here