KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah dari sekolah sejak 25 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, ACP Mohamad Lazim bin Ismail berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Jalan Peel, di sini, berusia 16 tahun itu dilihat kali terakhir berjalan kaki sendirian dari kawasan taman permainan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan kehilangan remaja itu dibuat oleh ibunya yang berusia 44 tahun pada jam 11.29 malam hari kejadian.

Menurutnya, wanita berkenaan menghantar anak perempuannya ke sekolah pada jam 7 pagi sebelum datang semula untuk menjemputnya pulang kira-kira jam 4 petang.

Tambah beliau, ibu remaja tersebut yang berumur 44 tahun telah membuat laporan polis pada jam 11.29 malam hari sama.

Menurut Mohamad Lazim, pengadu memaklumkan telah menghantar anaknya ke sekolah pada jam 4 petang telah datang semula ke sekolah untuk mengambil anaknya pulang kerana anaknya telah memaklumkan mempunyai kelas tarian.

Bagaimanapun katanya, setelah menunggu hampir 40 minit anaknya tidak ada dan pengawal keselamatan sekolah memaklumkan tiada pelajar berada di sekolah tersebut pada waktu itu.

“Kemudiannya, pengadu telah menghubungi rakan sekelas anaknya dan telah dimaklumkan bahawa anaknya telah pulang ke rumah sendirian dengan berjalan kaki pada jam 5 petang dari kawasan Taman Permainan PPR Laksamana Jalan Peel, Kuala Lumpur,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohamad Lazim berkata, sehingga laporan polis dibuat anak pengadu tidak dapat dijumpai.

Beliau memberitahu, kali terakhir renaja tersebut memakai pakaian t-shirt sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent warna biru dan berseluar track suit warna hitam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja terbabit diminta menyalurkannya dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9281 0715 atau balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast