PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

SEMPORNA – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di atas rumput di tepi jalan di Kampung Keramat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, bayi itu ditemukan orang awam dalam keadaan berbalut dengan kain pada 1 tengah hari dan kini sedang dirawat di Hospital Semporna.

“Doktor mengesahkan bayi yang dianggarkan seberat 3.1 kilogram itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Mohd Sabri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna di talian 089-782020 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismail di talian 013-7557293. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here