Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negaradi Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 19 JUN 2023.

JOHOR BAHRU – Media sosial kini digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk merosakkan demokrasi di sesebuah negara dengan menyasarkan golongan belia.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak terbabit menggunakan platform media sosial untuk mengelirukan golongan muda.

“Media sosial bukan banyak perkara yang betul pun dan pada akhirnya (fakta-fakta yang tidak betul) akan mengelirukan lagi belia dan orang muda kita kerana media sosial digunakan oleh sesetengah pihak untuk sengaja mengelirukan dan merosakkan demokrasi di sesebuah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sidang akhbar pada Program Outreach Ihya Ramadan, dialog dengan mahasiswa, agihan bubur lambuk dan program berbuka puasa di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini petang semalam.

Justeru katanya, bagi mengukuh kefahaman golongan belia tentang sistem demokrasi dan peranan Parlimen supaya mereka tidak terpengaruh dengan media sosial yang mengandungi fakta mengelirukan, inisiatif Parlimen Belia Malaysia (PBM) akan terus diperkasa.

Beliau berharap, menerusi penganjuran dan inisiatif PBM itu juga akan menjelaskan dan memberi kesedaran pentingnya peranan dan fungsi Parlimen di negara ini.

Selain itu ujarnya, kerajaan menerusi inisiatif PBM sentiasa menekankan aspek perpaduan terhadap golongan muda yang memberikan pelbagai pendedahan.

Beliau berkata, itu merupakan antara usaha kerajaan bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan dan peranan Parlimen dalam meneruskan demokrasi di negara ini.

“Kita mahu melahirkan belia yang lebih matang, faham mengenai perjalanan demokrasi dan peranan eksekutif serta Parlimen dalam pentadbiran negara.

“Parlimen Belia ini melibatkan kesemua 222 Parlimen, jadi mereka dapat belajar (perjalanan Parlimen),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here