Sekumpulan lelaki melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah sukarelawan pertahanan yang sedang bertugas. Foto Bernama

KOTA BHARU- Polis mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand akan diperketat susulan kejadian itu.

“Semua ketua balai polis dan Pasukan Gerakan Am telah diarahkan untuk meningkatkan kawalan di kawasan berisiko tinggi, khususnya pangkalan haram dengan pemantauan 24 jam,” katanya ketika dihubungi malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/03/09/letupan-bom-di-narathiwat-dua-maut-lapan-cedera/

Polis Thailand sebelum ini menyatakan berlaku letupan di sebuah pos kawalan keselamatan di luar Pejabat Daerah Sungai Golok di Jalan Sungai Golok-Sungai Padi, dan beberapa tembakan telah dilepaskan oleh sekumpulan penyerang, menyebabkan sekurang-kurangnya dua anggota keselamatan Thailand maut manakala lapan lagi cedera dalam serangan yang berlaku kira-kira 7.10 malam.

Penyerang dikatakan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melemparkan lima bom tangan ke arah pos kawalan di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

Pasukan keselamatan kini menjalankan pemeriksaan di kawasan kejadian, dan orang ramai dinasihatkan mengelak laluan terjejas.

Sejak awal Ramadan, pihak berkuasa di Sungai Golok telah memperketat langkah keselamatan susulan peningkatan risiko serangan di kawasan sempadan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here