KUALA LUMPUR – Pemain sayap, Faisal Halim tersenarai senarai antara 27 pemain yang dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 17 Mac ini.
Ia bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac depan.
Faisal yang berdepan episod hitam apabila disimbah asid pada Mei tahun lalu kembali tersenarai buat kali pertama sejak aksi menentang Oman pada Mac sebelum kejadian malang itu.
Sementara itu, senarai pemain turut menyaksikan beberapa kejutan termasuk penampilan beberapa muka baru iaitu pemain pertahanan Selangor FC, Zikri Khalili.

Cklamovski turut memilih mengekalkan beberapa tonggak yang beraksi dalam saingan ASEAN Championship 2024 seperti Paulo Josue, Endrick dos Santos, Safwan Mazlan, Haqimi Azim Rosli dan Stuart Wilkin.
Nazmi dipanggil selepas kali terakhir mewakili Harimau Malaya pada September 2022 manakala Sumareh turut tersenarai selepas membawa nama negara di pentas Piala Asia 2023.
Shahrul dan Quentin masing-masing kembali buat kali pertama sejak Mac 2024 dan Oktober 2023. – MalaysiaGazette