KUALA LUMPUR- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disenaraikan sebagai salah satu universiti terbaik dunia dalam dua bidang menerusi edisi terkini QS World University Rankings by Subject 2025.

Naib Canselor UMT, Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata, dua bidang tersebut adalah Agriculture & Forestry serta Economics & Econometrics.

“Alhamdulillah dalam edisi terbaru QS, UMT mencatat pencapaian yang membanggakan dengan pertambahan satu lagi bidang yang diberi penarafan. Kini,

“Bidang Agriculture & Forestry, UMT berada pada kedudukan 301-350 dunia. Manakala bidang Economics & Econometrics, UMT berada dalam kelompok 551-700 dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Zamri QS menggunakan lima metrik utama untuk menilai penarafan berdasarkan bidang.

Indikator reputasi adalah berdasarkan maklum balas lebih daripada 240,000 ahli akademik dan industri melalui tinjauan QS, manakala sitasi setiap artikel dan H-Indeks mengukur impak serta produktiviti penyelidikan.

Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa (IRN) digunakan untuk menilai kerjasama penyelidikan merentas sempadan.

“Penarafan dalam bidang Agriculture & Forestry merupakan pengiktirafan kepada kepakaran UMT sebagai peneraju dalam bidang sumber akuatik yang merupakan salah satu bidang tujahan universiti.

“Manakala, pengiktirafan kepada bidang Economics & Econometrics adalah selari dengan hasrat UMT untuk menjadi pelopor ekonomi biru melalui penubuhan Pusat Pemajuan Ekonomi Biru,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Mohd Zamri berkata walaupun UMT masih belum berjaya menempatkan diri dalam penarafan QS bagi bidang Earth & Marine Sciences, universiti itu berada di landasan yang betul untuk mencapai pengiktirafan dalam bidang tersebut.

UMT menurut beliau akan terus memperkukuh usaha dalam bidang ini untuk mencapai sasaran penarafan pada masa hadapan.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua WARGA UMT CEMERLANG yg bertungkus lumus melaksanakan segala projek dan aktiviti yang telah dirancang selama ini. Semoga usaha cemerlang ini diteruskan pada tahun 2025 dan tahun-tahun berikutnya selari dengan perancangan PSUMT5.

Pencapaian ini menjadi momentum untuk UMT terus melakar kecemerlangan selari dengan fokus pada tahun 2025 iaitu ‘Memperkukuh Kebersamaan Ke arah Universiti Marin Terkemuka”.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen UMT dalam meningkatkan kualiti pendidikan, penyelidikan, dan inovasi, sekaligus mengukuhkan reputasinya di arena antarabangsa,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here