KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes seorang pembantu pengurusan murid dikatakan mengasari seorang pelajar autisme.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya terkesan dengan satu hantaran di aplikasi TikTok memapakan kejadian seorang pembantu pengurusan murid mengasari seorang pelajar autisme.
Katanya, pelajar tersebut berusia tujuh tahun dan bersekolah di sekolah rendah di kawasan Kelana Jaya.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian ini dan kes te;ah diklasifikasikan di bahaw Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakam Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. – MalaysiaGazette