1,040 anak pokok pelbagai tanaman yang dirampas PGA.

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 1,040 anak pokok pelbagai tanaman yang dikesan di pangkalan haram Salleh, Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelantan.

Operasi dijalankan oleh pasukan Batalion 9 pada jam 10.15 malam, Jumaat lalu selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan ketika melaksanakan Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 1,040 anak pokok pelbagai tanaman ditemui di dalam lori tersebut dan disyaki dibawa masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram.

“Pemandu, seorang lelaki berusia 53 tahun, dipercayai menjadi penghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan,” katanya.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan dianggarkan mencecah RM104,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here