Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disenaraikan antara 10 lapangan terbang dalam kaji selidik Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) 2024 yang mengendalikan lebih 40 juta penumpang setahun.

KLIA yang memperoleh skor 4.99 daripada 5 mata daripada Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), yang mana ia mengiktiraf usaha dan komitmen berterusan lapangan terbang itu meningkatkan kecemerlangan dan keberkesanan operasinya.

Pengarah Urusan Malaysia Airport, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, KLIA tersenarai dalam 10 lapangan terbang terbaik ASQ sejak 2022 itu menunjukkan komitmen penambahbaikan yang berterusan dilakukan pihaknya.

“Prestasi KLIA yang kukuh mencerminkan fokus kami terhadap meningkatkan pengalaman lapangan terbang menerusi penyelesaian yang inovatif dan menambah baik kemudahan-kemudahan.

“Kami juga berterima kasih kepada komuniti lapangan terbang dan pemegang taruh yang memacu di belakang tabir kemajuan kami,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

ASQ merupakan peneraju penanda aras data untuk kecemerlangan lapangan terbang dengan mengambil kira kepuasan penumpang yang melibatkan aspek keselamatan, perkhidmatan, kemudahan dan kebersihan.

Menurut Mohd Izani, pemegang taruh baharu lapangan terbang itu memberi penekanan terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan pihaknya yakin usaha tersebut akan meningkatkan lagi kedudukannya pada ranking global pada masa depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here