KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket penyeludupan rokok seludup di Ladang Kelapa Sawit Paloh, Gua Musang, Kelantan pada Ahad lalu.

PGA dalam kenyataan berkata, serbuan kira-kira 11 malam dilakukan Pasukan Batalion 9 ke atas sebuah pondok dalam Op Taring Wawasan Kelantan.

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat dua orang lelaki warganegara Indonesia berada di hadapan pondok tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah 3,000 batang rokok putih dan 7,520 batang rokok Kretek ditemui dalam pondok berkenaan.

“Rokok-rokok ini dipercayai untuk dijual ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut agensi itu, seorang suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau passport  yang sah.

Jelasnya, anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM12,399.20 dan kes disiasat di bawah Sek 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Hasil rampasan diserahkan ke IPD Gua Musang untuk tindakan selanjutnya,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here