Syahredzan Johan dan Rozita Ibrahim #malaysiagazette

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dituduh telah murtad dan menjadi kafir selepas menang Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP.

Syahredzan yang turut dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, selain murtad kedua-dua pemimpin Melayu dalam parti itu turut dilemparkan dengan pelbagai tuduhan jelek.

“Sejak saya dan saudari Young Syefura Othman dipilih menggangotai CEC Democratic Action Party, macam-macam tohmahan telah dilemparkan kepada kami.

“Tetapi yang paling melampau adalah tuduhan bahawa kami murtad. Ini antara komen-komen sedemikian. Mungkin inilah hasil tunjuk ajar pemimpin mereka?” katanya dalam perkongsian di media sosial.

Menurutnya, ramai yang menggesa supaya tindakan undang-undang diambil terhadap individu terbabit.

Bagaimanapun katanya, kesemua mereka yang membuat tuduhan liar dan jahat tidak menggunakan identiti sebenar.

“Ramai yang kata suruh saman. Tapi komen yang dibuat itu anonymous dan tidak menggunakan nama sebenar. Mereka tidak berani guna nama sebenar,” jelasnya.

Sementara itu, Young Syefura yang dilantik sebagai Penolong Setiausaha Publisiti DAP memberi amaran supaya individu terbabit tidak bertindak melampau.

Tambahan tuduhan dan fitnah yang dibuat dilakukan ketika umat Islam menjalani ibadah puasa.

“Teruk sungguh kerana parti sehingga label kita ni murtad dan kapir. Parti bukan agama. Bulan Ramadan yang mulia ni bawa-bawalah perbanyakkan ibadah. Jangan suka-suka nak label orang dengan begitu sekali. Melampau!” tegasnya.

Syahredzan dan Young Syefura antara pemimpin Melayu yang terpilih dalam CEC DAP bagi penggal 2025 hingga 2028.

Syahredzan memperoleh undian sebanyak 2,065 manakala Young Syefura 1,943.

Calon Melayu lain yang bertanding iaitu Azaha Abdul Rani hanya mendapat undian sebanyak 191, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali (478), Supian Zaharin (170) dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (694) gagal mendapat undian untuk berada dalam senarai 30 ahli CEC DAP.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here