Foto Instagram Nora Ariffin.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan beliau telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Menurut Nora, 53, permohonan tersebut dilakukan untuk memenuhi kehendak isteri pertama Dr. Rushdi yang mahu beliau berpisah.

“Saya buat permohonan ini bukan atas kehendak hati kerana tahu berdosa tetapi disebabkan ingin menunaikan hajat isteri pertama dari dulu lagi iaitu Ustazah Rose Aliza Sutrisno.

“Beliau yang mahu kembali monogami dan juga atas desakan anak atau orang ketiga (saya ada bukti) supaya kami berpisah,” tulis di Instagram miliknya di sini hari ini.

Penyanyi lagu Sandiwara turut berkongsi gambar Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Nora berharap tindakannya itu diterima suaminya dan doa isteri pertama termakbul.

“Buat ustazah, moga ramadan kali ini doa ustazah akan termakbul. Harap ustaz pun akan ikut saja.

“Sebagai mana lafaz talak yang pertama dulu iaitu selepas kami bersama, solat subuh, dapat panggilan, desakan daripada orang ketiga dan ustaz ceraikan saya serta-merta termasuk membuat rakaman lafaz cerai sebagai bukti.

“Allah sahaja yang tahu,” katanya lagi.

Foto Instagram Nora Ariffin.

Nora turut mendakwa, kenyataan Ustaz Rushdi baru-baru ini yang memuji dirinya juga didakwa sudah disunting oleh pihak lain.

“Malah kenyataan jujur terbaharu ustaz pun diminta oleh orang terdekat untuk disunting.

“Allahuakbar. Moga Allah SWT ampuni dosa-dosa saya,” katanya lagi.

Ogos tahun lalu, Nora diceraikan dengan talak satu oleh suaminya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Mengejutkan ramai, Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, memuat naik video Dr. Rushdi melafazkan cerai dan memberitahu segala-galanya sudah selesai.

Nora atau Wan Norafizah Ariffin mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya pada Disember 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here