Nora diceraikan suami dengan talak satu menerusi muat naik video dalam Instagram.- Kredit FB Nora Ariffin

KUALA LUMPUR – Suami kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Dr Rushdi Ramli mempertahankan kenyataan isteri keduanya yang mendakwa perceraian berlaku disebabkan desakan isteri pertama, Rose Aliza Sutrisno dan anaknya, Alia Rushdi.

Rushdi menerusi kenyataan menyifatkan kenyataan dikeluarkan Rose Aliza bahawa perceraian berlaku atas kehendak suami adalah fitnah.

Malah beliau mendedahkan didesak oleh Rose untuk menceraikan isteri keduanya itu.

“Pada awalnya, saya tidak ingin membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai isu ini. Namun, demi untuk menyatakan kebenaran dan membersihkan nama, saya menafikan sepenuhnya kenyataan dibuat oleh Rose.

“Kenyataan berkenaan tidak benar dan mendatangkan fitnah besar kepada saya sebagai suami dan Nora sebagai isteri kedua.

“Hakikatnya, wujud desakan dan suruhan daripada pihaknya (Rose) sehingga saya menceraikan Nora, namun kemudiannya saya rujuk semula.

“Saya ingin menyatakan terdapat bukti wujudnya desakan dan suruhan daripada pihak ketiga untuk saya menceraikan Nora,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya (UM) menegaskan isteri pertamanya itu tidak wajar bertindak sedemikian.

“Bagaimanapun, saya ingin nyatakan di sini, saya sangat berharap kemelut isteri-isteri saya dapat diselesaikan secara harmoni demi bulan Ramadan yang mulia ini. Saya amat sayang kedua-dua isteri dan keluarga saya.

“Sesungguhnya saya amat menghargai segala kebaikan dan pengorbanan isteri pertama sepanjang hidup bersamanya, selain saya juga menghargai kebaikan isteri kedua.

“Saya amat berharap saya dan isteri-isteri saya dapat melayari bahtera dan meniti kehidupan bersama dengan sakinah, mawaddah warahmah hingga ke jannah-Nya,” tambahnya.

Pada 19 Mac lalu, Rose Aliza menerusi hantaran di Facebook menafikan dia dan anaknya menjadi punca perceraian suaminya dan isteri keduanya seperti didakwa Nora sebelum ini.

Beliau mendakwa keputusan perceraian dibuat atas pertimbangan suaminya sendiri dan bukan atas desakan mereka.

Ia susulan daripada pemakluman Nora yang telah membuat permohonan cerai terhadap Rushdi melalui perkongsian foto papan tanda Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, baru-baru ini.

Nora mendakwa keputusan dibuat bagi menunaikan hajat isteri pertama dan desakan anak.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here